All News

BPK Terapkan Amalan “Clean Campus, Green Campus”

BPK Terapkan Amalan “Clean Campus, Green Campus”

Staf Bahagian Perancangan Korporat (BPK), Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) diingatkan supaya mengamalkan gotong-royong bagi membantu kebersihan di sekitar kampus melalui program Clean Campus, Green Campus @ BPK.

Timbalan Pengarah Bahagian Perancangan Korporat (BPK) Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) Prof. Madya Dr. Azham Haji Hussain berkata program dijalankan di sepanjang laluan Bangunan Canselori hingga VMall.

Beliau berkata, program gotong-royong itu adalah proses memupuk semangat kerjasama dan kebersamaan dalam kalangan warga BPK.

“Kami mahu membantu universiti khususnya dalam menitikberatkan kebersihan dan bersesuaian dengan tema kemerdekaan tahun ini, Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih,” katanya

Selain itu, program ini bertujuan mewujudkan persekitaran yang lebih bersih dan ceria selain menjadi medan dalam memperkukuhkan lagi hubungan sesama staf.

“Dengan adanya program ini, kita berpeluang untuk bersedekah dan mendapat pahala yang cukup besar dengan hanya mengutip sampah disetiap laluan yang kita lalui.”

“Usaha sebegini diharap dapat diteruskan dari semasa ke semasa kerana ia banyak memberi kebaikan kepada semua. Gotong-royong ini juga dapat menanamkan semangat toleransi dan pemuafakatan yang menjadi nilai kemanusiaan sejagat sekaligus melahirkan rasa cinta terhadap kebersihan dan nilai kerjasama berpasukan.,” ujarnya.