All News

IPQ MERDEKA WALK

IPQ MERDEKA WALK

17 orang staf IPQ telah menjayakan program ‘IPQ Merdeka Walk yang telah diadakan pada 13 Ogos 2020. Perjalanan sejauh 5.4 kilometer yang bermula dari Foyer Pusat Konvensyen melalui Taman Burung Unta, dataran tasik dan menuju ke jalan utama UUM.

Program berjalan kaki (power walk) ini adalah senaman yang mudah, murah dan selamat untuk dilakukan. Ia merupakan satu kaedah senaman yang sesuai bagi semua lapisan peringkat umur. Disamping itu, senaman ini juga memberikan manfaat bukan sahaja pada badan tetapi untuk otak juga.

Program diakhiri dengan menandatangani poster Merdeka Walk.