All News

TRANFORMASI TERAS 5 - KECEMERLANGAN PERKHIDMATAN PERKASA PELAN STRATEGIK FASA III (2021-2025)

TRANFORMASI TERAS 5 - KECEMERLANGAN PERKHIDMATAN PERKASA PELAN STRATEGIK FASA III (2021-2025)

Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) telah mengadakan Bengkel Semakan Pelan Strategik Fasa III bagi Teras 5 - Kecemerlangan Perkhidmatan (Service Excellence) di EDC Hotels and Resorts, baru-baru ini.

Pengarahnya, Prof. Dr. Sany Sanuri Mohd. Mokhtar berkata, tujuan bengkel tersebut untuk memberi fokus kepada indeks perkhidmatan pelanggan, indeks produktiviti staf, connected campus dan latihan berterusan dalam kalangan staf.

Menurutnya, objektif bengkel selama sehari itu adalah untuk merangka, membincang dan memurnikan indikator prestasi (PI), pelan tindakan berserta bajet jangka pendek dan jangka panjang bagi setiap PI dalam tempoh lima tahun.

“Penyediaan deraf pelan strategik ini telah melalui proses tinjauan pendapat, perbincangan, town hall dan beberapa siri bengkel yang melibatkan Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) serta Ketua Pusat Tanggungjawab di pelbagai peringkat sejak tahun lalu.

“Pelan Strategik Fasa III ini dijangka akan melonjak UUM sebagai pusat rujukan antarabangsa dalam bidang pengurusan dalam tempoh lima tahun akan datang dan pelan strategik ini merupakan kesinambungan pelan strategik terdahulu yang memberi penekanan lebih agresif untuk memperluas jaringan kerjasama di peringkat global,” katanya.

Bengkel ini telah dihadiri Pendaftar merangkap Pengerusi Teras, Baharudin Yaacob; Pengarah UUMIT, Prof. Dr. Abdul Malek Abdul Karim dan Dekan Pusat Pengajian Undang-undang (SOL), Prof. Madya Dr. Rohana Abdul Rahman.

Turut hadir, wakil persatuan iaitu Prof. Madya Ts. Dr. Mohamad Farizal Rajemi (Persatuan Akademia Universiti Utara Malaysia - PERSATU), Mohd Fairus Abd Majid mewakili Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas UUM (PERPATI) dan Presiden Kesatuan Kakitangan UUM (KESKA), Ku Azmi Ku Ibrahim serta pegawai Jabatan Pendaftar.