All News

IPQ DI PUNCAK VISTA

IPQ DI PUNCAK VISTA

Kelab Kebajikan dan Rekreasi IPQ telah mengadakan program IPQ di Puncak Vista pada 1 Oktober 2020. Seramai 12 orang staf melibatkan diri dalam program ini. Untuk ke Puncak Vista, staf IPQ berjalan kaki dari Pusat Konvensyen ke kaki tangga Puncak Vista. Perjalanan pergi dan balik adalah sejauh 5.2 KM.

Puncak Vista yang merupakan tempat tumpuan pengunjung mahupun pelajar kerana Puncak Vista memberi panorama yang terbaik apabila mendaki puncak tersebut.Apabila berada di Puncak Vista, aktiviti gotong-royong membersihkan daun kering dan membuang daun-daun yang menjalar telah diadakan. Aktiviti ini diadakan bagi mengekalkan kebersihan dan memelihara keindahan flora dan fauna UUM.

Puncak Vista mempunyai ketinggian 90 meter dari aras laut dan harus menaiki anak tangga yang berjumlah 164 anak tangga.