All News

KECERIAAN ‘1 PLANT 1 STAFF’

KECERIAAN ‘1 PLANT 1 STAFF’

Program 1 Plant 1 Staff ini adalah projek Kelab Kebajikan dan Rekreasi IPQ semasa Perintah Kawalan Pergerakan UUM pada 5 hingga 8 Oktober 2020. Staf IPQ digalakkan menyumbang sepasu pokok bunga untuk hiasan pejabat yang dibawa dari rumah.

Antara jenis pokok bunga yang disumbangkan untuk menghiasi ruang pejabat adalah pokok kaktus, lidah buaya, daisy dan pelbagai pokok bunga yang menarik. Kebanyakan pokok bunga ini diambil dari anak pokok bunga di rumah masing-masing dan dibuat penanaman semula. Projek ini juga menggalakkan staf menggunakan pokok bunga sedia ada bagi penjimatan.

Seramai 14 orang staf yang menjayakan program ini dan pokok bunga bekenaan dapat menghiasi ruang pejabat masing-masing. Pokok bunga yang pelbagai jenis dan warna ini sememangnya boleh menjadi penyeri dan mampu memberikan aura tersendiri kerana ia lebih nampak tenang serta mendamaikan.

Sekian, terima kasih.