All News

KURSUS JANGKA PENDEK 5S & KIK

KURSUS JANGKA PENDEK 5S & KIK

Pada 27 Februari, 11, 18 Ogos dan 8 September 2020, Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) telah mengadakan kursus jangka pendek Amalan Persekitaran Berkualiti dan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK).

Tujuan kursus jangka pendek ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan peluang kepada semua peserta bagi memahami dengan lebih mendalam tentang Amalan Persekitaran Berkualiti dan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK). Selain itu, peserta juga akan lebih memahami skop latihan berkaitan dan dapat diperluaskan lagi bersesuaian dengan bidang tugas kualiti masing-masing.

Kursus jangka pendek ini diadakan secara atas talian dan dikendalikan oleh 2 orang penceramah iaitu Prof. Madya Che Azlan Taib (KIK) dan Dr. Mohd Norhasni Mohd Asaad (Amalan 5S). Antara kursus-kursus jangka pendek yang dijalankan adalah Kursus Jangka Pendek : Penilaian Amalan Persekitaran Berkualiti (3S + 2S), Kursus Jangka Pendek Atas Talian Pasca Covid19: Jenis Data Dan Kaedah Pengukuran Data, Kursus Jangka Pendek Atas Talian Pasca Covid19 : Amalan Persekitaran Berkualiti Pasca Covid19 (5S) dan Kursus Jangka Pendek Atas Talian Pasca Covid19: Penyelesaian Masalah Menggunakan Gambarajah Ishikawa Dan Why-why Analisis 5W 1H

Diharap dengan langkah yang telah di ambil oleh IPQ dapat membantu semua PTJ/PP bagi melaksanakan dan memantapkan Amalan Persekitaran Berkualiti dan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) di jabatan masing-masing.