All News

EVOLUSI KIK UUM KE ARAH PEMBUDAYAAN DAN PEMERKASAAN INOVASI DALAM SEKTOR AWAM

EVOLUSI KIK UUM KE ARAH PEMBUDAYAAN DAN PEMERKASAAN INOVASI DALAM SEKTOR AWAM

Seramai 80 staf UUM telah mengikuti Kursus Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) anjuran Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) selama dua hari melalui Webex, baru-baru ini.

Kursus Horizon Baharu KIK itu telah dikendalikan oleh Perunding Latihan INTAN Kampus Wilayah Utara, Sungai Petani, Abd. Aziz Yusof.

Abd. Aziz berkata, prinsip atau konsep fahaman dalam Horizon Baharu KIK tidak boleh lagi terikat dengan Pekeliling PKPA 7/ 1991 dan garis panduan KIK 2009. Kedua-dua keperluan, garis panduan dan pekeliling yang lama sudah tidak sesuai diguna pakai dalam Horizon Baharu KIK.

Sementara itu, Pengarah IPQ, Prof. Dr. Sany Sanuri Mohd. Mokhtar berkata, kursus tersebut merupakan platform untuk memperkenalkan kepada semua staf UUM tentang peralihan kepada Panduan Pembudayaan Dan Pemerkasaan Inovasi Dalam Sektor Awam Melalui Horizon Baharu KIK.

“Melalui kursus ini, peserta boleh mengaplikasikan proses dan penggunaan kaedah dan teknik dalam menghasilkan projek KIK serta mendapat kemahiran dan pendedahan dalam penyediaan dokumentasi projek di jabatan masing-masing.

“Saya berharap dengan adanya kursus ini, setiap PTJ telah bersedia dengan projek KIK masing-masing dan lebih banyak PTJ dapat menghantar penyertaan KIK untuk meningkatkan bilangan pasukan KIK UUM yang lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya,”  katanya.

Pembentukan pasukan KIK dari setiap PTJ adalah penting bagi penyertaan ke Konvensyen Horizon Baharu KIK UUM yang akan diadakan pada bulan Oktober 2021 dan bagi memenuhi KPI yang perlu dicapai oleh PTJ dan PP dalam Pelan Strategik Teras 5 (T5D2L8) ‘Participation in KIK competition at university or national level’.