All News

BENGKEL PEMANTAPAN JURUAUDIT AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI 5S BAGI TAHUN 2021

BENGKEL PEMANTAPAN JURUAUDIT AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI 5S BAGI TAHUN 2021

Sebagai persediaan Penilaian Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) yang akan dilaksanakan pada bulan September nanti, Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Juruaudit Amalan Persekitaran Berkualiti secara atas talian menggunakan aplikasi cisco webex.  

Bengkel selama 3 jam ini telah dihadiri oleh 51 orang juruaudit Amalan 5S universiti dan dikendalikan oleh Pengurus Pengurusan Kualiti IPQ iaitu Ts. Dr. Mohd Norhasni Mohd Asaad.  

Menurut beliau bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan memperkukuhkan lagi kompetensi pengauditan antara juruaudit amalan 5S universiti serta memperjelaskan lagi konsep pengauditan secara online kepada juruaudit 5S universiti.

Pada tahun ini pengauditan dibuat secara atas talian di mana pada tarikh 1-15 September 2021 Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan Pusat Pengajian  (PP) perlu menyediakan templat pembuktian amalan 5S di jabatan masing-masing dan pada tarikh 15 September – 15 Oktober 2021 sesi Q&A akan dijalankan bersama juruaudit amalan 5S dan PTJ/PP yang akan diaudit.

Di akhir bengkel, juruaudit telah diberi tugasan untuk mengulas contoh templat yang telah disediakan oleh IPQ. Diharapkan pengauditan pada tahun ini akan berjalan dengan lancar dan dapat mematuhi SOP yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan.