All News

SESI PERKONGSIAN PERSIAPAN MENGHADAPI PENILAIAN AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI SECARA ATAS TALIAN KEPADA PTJ/PP

SESI PERKONGSIAN PERSIAPAN MENGHADAPI PENILAIAN AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI SECARA ATAS TALIAN KEPADA PTJ/PP

Pada 13 September 2021 (Isnin), Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) telah mengadakan Sesi Perkongsian Persiapan Menghadapi Penilaian Amalan Persekitaran Berkualiti Secara Atas Talian kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan Pusat Pengajian (PP) di UUM menggunakan aplikasi cisco webex.

Sesi perkongsian yang telah diadakan selama 3 jam ini telah dihadiri oleh 112 orang staf di pelbagai PTJ/PP di UUM. Sesi perkongsian ini telah dikendalikan oleh Pengurus Pengurusan Kualiti IPQ iaitu Ts. Dr. Mohd Norhasni Mohd Asaad.  

Menurut beliau sesi perkongsian ini diadakan bertujuan untuk memaklum kepada semua PTJ/PP di UUM bahawa penilaian amalan 5S pada tahun ini akan diadakan secara atas talian. Selain itu, sesi perkongsian ini juga adalah untuk memberi persediaan kepada PTJ/PP dalam menyediakan templat bukti pelaksanaan amalan 5S di jabatan masing-masing.

Pada tahun ini pengauditan dibuat secara atas talian di mana pada tarikh 1-15 September 2021 Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan Pusat Pengajian  (PP) perlu menyediakan templat pembuktian amalan 5S di jabatan masing-masing dan pada tarikh 15 September – 15 Oktober 2021 sesi Q&A akan dijalankan bersama juruaudit amalan 5S dan PTJ/PP yang akan diaudit.