All News

MAJLIS SERAHAN TUGAS PENGARAH IPQ 2022

MAJLIS SERAHAN TUGAS PENGARAH IPQ 2022

Majlis Serahan Tugas Pengarah IPQ 2022 telah diadakan secara ringkas pada 6 Februari 2022 di Bilik Mesyuarat Utama IPQ Aras 1. Penyerahan tugas adalah diantara Mantan Pengarah IPQ, Prof. Dr. Sany Sanuri Mohd Mokhtar kepada Prof Madya Dr. Mohd Haniff Jedin bagi mewakili Bahagian Pentadbiran dan Sistem Kecemerlangan Kualiti.

Mantan Pengarah IPQ juga turut menyerahkan tugas kepada  Prof. Madya Dr. Mazni Omar Pengarah, Bahagian Perancangan Korporat bagi mewakili Bahagian Perancangan Korporat yang telah menjadi sebuah entiti tersendiri di dalam UUM.

Prof. Dr. Sany Sanuri merakamkan ucapan tahniah di atas lantikan Prof. Madya Dr. Haniff Jedin sebagai Pengarah IPQ 2022. Beliau turut memaklumkan bahawa “IPQ telah menyediakan framework Pelan Strategik yang di integrasikan di dalam proses kualiti agar proses-proses kerja berjalan lancar dan menyokong Pelan Strategik UUM”.

Menurut Pengarah baharu IPQ, Prof. Madya Dr. Mohd Haniff Jedin  di dalam ucapannya memaklumkan tentang gabungan Unit SWA Akreditasi ke dalam IPQ dan beliau berharap agar keluarga baharu IPQ dapat sama-sama membantu demi kebaikan UUM dan semoga pekerjaan kita mendapat keredhaan Allah.

Di akhir majlis, Prof. Madya Dr. Mazni Omar, Pengarah Bahagian Perancangan Korporat mengucapkan terima kasih dan memaklumkan bahawa tanggungjawab yang diberi adalah terlalu berat dan beliau akan cuba memberi yang terbaik dengan sokongan dari semua.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh mantan Timbalan Pengarah BSKK dan BPK IPQ, Pengurus-Pengurus, Timbalan Pengarah Unit SWA Akreditasi dan Pegawai Tadbir IPQ dan Unit SWA Akreditasi.