All News

SEMBANG-SEMBANG KUALITI "HORIZON BAHARU KIK"

SEMBANG-SEMBANG KUALITI "HORIZON BAHARU KIK"

Pada 8 Mac 2022 (Selasa) yang lalu, Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) telah mengadakan program Sembang-sembang Kualiti “Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) melalui platform webex.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi maklumat, program dan aktiviti-aktiviti yang akan IPQ anjurkan pada tahun ini kepada warga universiti.

Program selama 1 jam ini telah dikendalikan oleh Pengarah IPQ iaitu Prof. Madya Dr. Haniff Jedin dan Puan Siti Hajar Mat Isa iaitu Pengurus KIK di IPQ. Semasa program, Puan Siti Hajar telah berkongsi sejarah bermulanya pembentukan kumpulan KIK di UUM dan kejayaan yang telah dicapai oleh pasukan KIK UUM sehingga kini.

Turut dikongsikan adalah pengenalan kepada pembentukan laporan dokumentasi Horizon Baharu KIK yang mana pada tahun ini merupakan tahun yang kedua UUM akan menganjurkan Konvensyen Horizon Baharu Kumpulan Kumpulan Inovatif dan Kreatif  (KIK) yang telah dijadualkan pada 26 dan 27 September 2022.

IPQ berharap pada tahun ini Pusat Tanggungjawab dan Pusat Pengajian dapat menghantar lebih ramai lagi pasukan KIK untuk menyertai konvensyen KIK.