All News

IPQ UUM MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT MAJLIS PENGURUSAN KUALITI UNIVERSITI AWAM (UA) BAGI TAHUN 2022-2023

IPQ UUM MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT MAJLIS PENGURUSAN KUALITI UNIVERSITI AWAM (UA) BAGI TAHUN 2022-2023

Institut Pengurusan Kualiti (IPQ), UUM telah dilantik oleh Kementerian Pengajian Tinggi bagi mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pengurusan Kualiti Universiti Awam (MPQ UA) dalam tempoh 2 tahun.

Majlis Pengurusan Kualiti Universiti Awam (MPQ UA) merupakan platform kepada pengarah-pengarah kualiti IPTA bagi membincangkan isu-isu berkaitan kualiti dan akademik universiti awam di Malaysia. Seramai 32 ahli telah dilantik dengan penglibatan 20 IPTA yang terdiri daripada pengarah yang menguruskan kualiti di UA.

Prof Madya Dr. Mohd Haniff Jedin, Pengarah IPQ UUM mempengerusikan Mesyuarat MPQ UA Bil.1/2022 yang telah diadakan di Bilik Senat, Bangunan Canselori Universiti Kebangasaan Malaysia (UKM) pada 25 Mac 2022 dengan kehadiran penuh secara bersemuka dan online.  Isu-isu berkaitan pengurusan dan penambahbaikan kualiti UA menjadi agenda utama yang dibincangkan. Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Bahagian Kecemerlangan Akademik JPT KPT turut terlibat secara langsung dalam mesyuarat MPQ ini bagi membantu dan menjadi rujukan ahli MPQ.

Turut diadakan sesi perkongsian Pengekalan Sijil Akreditasi dari Pusat Hal Ehwal dan Kerjasama Antarabangsa (CIAC) UUM oleh Prof Madya Dr. Faizuniah Pangil. Pada akhir mesyuarat, Pengerusi turut menyampaikan surat lantikan kepada 11 ahli baharu MPQ bagi tempoh 2022-2023.

Pihak IPQ UUM mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pusat Jaminan Kualiti, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah membantu kelancaran mesyuarat kali pertama bagi tahun 2022.