All News

IPQ UUM  BERKONGSI PENGURUSAN AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI (QE/5S) BERSAMA JABATAN KESELAMATAN

IPQ UUM BERKONGSI PENGURUSAN AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI (QE/5S) BERSAMA JABATAN KESELAMATAN

Institut Pengurusan Kualiti, UUM adalah sebuah organisasi yang sering dijadikan penanda aras 5S kepada pelawat daripada dalam dan luar UUM. Pada 31 Mac 2022 seramai 11 orang staf dari Jabatan Keselamatan UUM telah membuat lawatan penanda aras 5S yang terdiri dari Jawatankuasa Induk 5S.

Menurut Pn. Nur Azimah Abdul Rahman selaku Pengerusi 5S Jabatan Keselamatan memaklumkan Jabatan Keselamatan dalam usaha untuk mempelajari dan melihat dengan lebih dekat lagi keberkesanan amalan 5S yang telah dipraktikkan di IPQ dalam penambahbaikan pengurusan 5S di Jabatan Keselamatan. IPQ akan menerima Pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) MPC bagi kali ke tujuh (7) pada tahun 2022.

Lawatan yang bermula pada jam 9.30 pagi dimulai dengan sesi taklimat dan tayangan "slide show"  yang meliputi beberapa aspek termasuk aktiviti Amalan 5S dan pengurusan dokumen secara online. Turut diadakan lawatan persekitaran Bahagian Pentadbiran dan Kualiti serta Bahagian Swaakreditasi.

Menurut Timbalan Pengerusi 5S Jabatan Keselamatan, Puan Zaireen Azura ”daripada lawatan setiap bahagian sebentar tadi, saya sungguh kagum dengan kekemasan dan susunatur Pejabat IPQ.”  Pada akhir sesi lawatan, pihak Jawatankuasa telah menyampaikan cenderamata penghargaan kepada Puan Faizah Hashim, Timbalan Pengarah IPQ.