All News

LAWATAN PENANDA ARAS PENGARAH PUSAT PENGURUSAN KUALITI (PPQ) UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) KE INSTITUT PENGURUSAN KUALITI (IPQ) UUM

LAWATAN PENANDA ARAS PENGARAH PUSAT PENGURUSAN KUALITI (PPQ) UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) KE INSTITUT PENGURUSAN KUALITI (IPQ) UUM

Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) telah menerima kunjungan Ts. Dr. Hasnita Che Harun, Pengarah, Pusat Pengurusan Kualiti (PPQ), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada 24 Mei 2022.  Ketibaan beliau disambut oleh Pengarah IPQ, Prof. Madya Dr. Mohd. Hanif Jedin, Prof. Madya Dr. Siti Nurazira Mohd. Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Swaakreditasi, Puan Faizah Hashim, Timbalan Pengarah, Bahagian Kualiti dan Pentadbiran dan Puan Hasliza Shafie, Pegawai Tadbir.

Objektif kunjungan hormat tersebut adalah untuk berkongsi pengalaman dan melihat amalan terbaik IPQ dalam pengurusan kualiti akademik, fungsi bahagian serta struktur baharu jabatan ini.  Ts. Dr. Hasnita Che Harun merupakan Pengarah baharu PPQ, UMK menggantikan Prof. Madya Dr. Noor Hasmini Hj. Abdul Ghani yang telah tamat lantikan.

Menurut Ts. Dr. Hasnita, perbincangan secara fizikal dengan pengurusan IPQ UUM telah memberi gambaran yang lebih jelas dan menyeluruh tentang kaedah yang dilaksanakan oleh UUM dalam meningkatkan jaminan kualiti akademik serta sistem pengurusan kualiti UUM. Dr Hanita bersyukur kerana dapat menimba ilmu terutama banyak mempelajari pengurusan governan yang komprehensif di IPQ.

Pada akhir lawatan, Ts. Dr. Hasnita di bawa ke Dewan Mua’dzam Shah UUM bagi sama-sama meraikan Majlis Silatulrahim Aidil Fitri Peringkat UUM.