All News

LAWATAN IPQ KE USM SEBAGAI PERSIAPAN AUDIT PENGEKALAN SWAAKREDITASI

LAWATAN IPQ KE USM SEBAGAI PERSIAPAN AUDIT PENGEKALAN SWAAKREDITASI

Pulau Pinang - Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) telah mengadakan lawatan penanda aras ke Pusat Swa-Akreditasi, Universiti Sains Malaysia (USM), baru-baru ini.

Lawatan ini diketuai oleh Pengarah IPQ, Prof. Madya Dr. Mohd Haniff Jedin; Timbalan Pengarah Swaakreditasi, Prof. Madya Dr. Siti Nurazira Mohd Daud; Timbalan Pengarah Kualiti dan Pentadbiran, Faizah Hashim dan staf IPQ.

Mohd Haniff berkata, USM dipilih sebagai lokasi lawatan kerana universiti tersebut telah melalui Audit Pengekalan Swaakreditasi pada Februari 2022 yang lalu.

Menurutnya, tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan input tentang persediaan dan pelaksanaan Audit Pengekalan Swaakreditasi, di samping berkongsi tadbir urus dan meninjau amalan baik yang diamalkan di pusat berkenaan yang boleh dijadikan panduan dan rujukan.

Sesi perkongsian telah disampaikan oleh Pengarah Pusat Swa-Akreditasi USM, Prof. Dr. Azura A. Rashid dan Timbalan Pengarah, Dr. Mahadi Mohammad.

Hasil dari lawatan tersebut banyak maklumat berkaitan swaakreditasi telah diperolehi, selain pelbagai isu dan masalah berhubung tadbir urus Swaakreditasi juga dibincangkan.

Lawatan ini berjaya membuka laluan hubungan antara kedua pihak untuk bertukar-tukar maklumat serta pengalaman dalam pengoperasian di kampus maisng-masing.