All News

JOM KENAL BAHAN ‘RECYCLE’

JOM KENAL BAHAN ‘RECYCLE’

Pendidikan kesedaran alam sekitar terutama pengasingan bahan yang boleh dikitar semula wajar dilaksana di peringkat awal usia kanak-kanak agar mampu membentuk generasi baharu yang cintakan alam sekitar. Institut Pengurusan Kualiti dengan kerjasama  Taska Permata Kemas, Kampung Changhai, Changlun telah mengadakan satu program mengenal bahan buangan yang boleh di gunasemula. Program yang diberi nama ‘Jom Mengenal Bahan Recycle’ telah diadakan pada 26 Julai 2022 (Selasa) jam 10.00 pagi.

Program ini melibatkan 20 orang kanak-kanak yang berusia 2 hingga 4 tahun. Objektif utama program adalah untuk memberi pengenalan kepada anak-anak  kategori bahan seperti plastik, tin dan kertas. Selain itu, anak-anak juga diajar cara mengasingkan bahan buangan tersebut dalam kotak yang disediakan. Taklimat ringkas telah diberikan oleh Puan Siti Hajar Mat Isa, Pegawai Tadbir IPQ.

Kejayaan program ini berlandaskan tujuan asal IPQ iaitu ‘Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya’.

Hadir sama Prof. Madya Dr. Mohd Haniff Jedin, Pengarah Institut Pengurusan Kualiti bagi menyampaikan sijil penghargaan kepada guru taska.