All News

IPQ KEKALKAN PENSIJILAN QE/5S KALI KE-7

IPQ KEKALKAN PENSIJILAN QE/5S KALI KE-7

Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) berjaya mengekalkan Pensijilan Persekitaran Berkualiti QE/5S buat kali ke-7 daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), baru-baru ini.

Pengarah IPQ, Prof. Madya Dr. Mohd Haniff Jedin berkata, objektif pelaksanaan 5S bukan sahaja dilihat dari segi fizikal seperti cantik dan kemas sahaja, malahan objektif sebenar IPQ melaksanakannya di UUM adalah untuk menyokong Sistem Pengurusan Kualiti di UUM supaya lebih efisien dan teratur.

“Saya berterima kasih kepada semua pihak termasuk UPSB yang banyak membantu dalam aspek penjagaan kebersihan dan persekitaran yang berkualiti dan berharap dengan pengekalan budaya QE/5S ini dapat meningkatkan imej korporat IPQ kepada pemegang taruh yang berurusan dengan IPQ.

“Saya juga ingin menggalakkan semua staf IPQ untuk terus membudayakan amalan 5S dan terus meningkatkan inovasi dalam proses kerja masing-masing,” katanya.

Proses audit bermula dengan pembentangan secara keseluruhan aktiviti 5S IPQ oleh Pengurus 5S IPQ, Nurul Asyiqin Muhamad Zaini, diikuti dengan semakan dokumentasi online dan sesi soal jawab oleh juruaudit MPC dan seterusnya melawat persekitaran IPQ yang merangkumi Zon Bahagian Kualiti dan Pentadbiran serta Zon Bahagian Swaakreditasi.

Sesi pengauditan telah dilaksanakan oleh juruaudit MPC Wilayah Utara, Sarah Afiqah Kamaruzaman.

Beliau berkata, IPQ telah berjaya mengamalkan persekitaran berkualiti dengan amat baik dan pengurusan sistem fail secara online bagi kebanyakan proses kerja yang amat membanggakan sebagai salah satu cara penjimatan.

Beliau juga turut berkongsi ilmu dan pengalaman serta memberi beberapa cadangan untuk penambahbaikan secara berterusan kepada staf IPQ.