Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) dengan kerjasama The Malaysian Higher Education Institution Quality Assurance Network (MyQAN) dan ASEAN University Network-Quality Assurance (AUN-QA) telah menganjurkan webinar bertajuk ‘MyQAN & AUN-QA Sharing Session’, baru-baru ini.
Pengarah IPQ, Prof. Madya Dr. Mohd. Haniff Jedin berkata, objektif webinar adalah untuk memberi pendedahan tentang faedah-faedah yang diperolehi daripada kursus anjuran AUNQA seperti AUN-QA Tier 1 dan Tier 2.
Menurutnya, sesi webinar ini telah memberi banyak informasi dan kelebihan mengenai ASEAN University Network-Quality Assurance yang dapat dikongsi bersama ahli-ahli MyQAN di Malaysia.
Fokus utama webinar tersebut yang bertajuk ‘The Exposure and Benefits of Tier 1 & Tier 2 Training Programmes’ telah disampaikan oleh Prof. Dr. Wyona C.Patalinghug, profesor dari De Salle University, Filipna. Beliau merupakan pelatih bagi kursus-kursus anjuran AUN-QA dan juga merupakan Special Advisor to AUN Executive Director.
Menurut Wyona, terdapat tiga peringkat latihan yang ditawarkan oleh pihak AUN-QA Tier 1 iaitu latihan kepada penilaian peringkat program, Tier 2 latihan untuk menjadi Panel Assessor AUN-QA di mana peserta yang menghadiri Tier 1 berpotensi dipilih oleh pihak AUN-QA dan boleh meneruskan Tier 2. Manakala Tier 3 adalah latihan kepada penilaian institusi.
Sesi seterusnya iaitu sesi perkongsian pengalaman menghadiri kursus Tier 1 dan Tier 2 disampaikan oleh Timbalan Pengarah, Pusat Pengurusan Kualiti dan Risiko (QRiM), Universiiti Teklnogi Malaysia (UTM). Prof. Madya Dr. Normah Maan.
Di akhir webinar, sesi soal jawab pihak wakil Sekretariat AUN-QA, Ms. Mind telah berkongsi maklumat bagi universiti yang berminat untuk memohon pensijilan tersebut.
Peserta yang hadir terdiri daripada ahli-ahli MyQAN, staf akademik institusi awam dan swasta serta pelajar universiti.