All News

PROGRAM PENGUKUHAN JABATAN DAN HALA TUJU LANCAR PROSES KERJA PPQA

PROGRAM PENGUKUHAN JABATAN DAN HALA TUJU LANCAR PROSES KERJA PPQA

Pusat Pengurusan Kualiti dan Akreditasi (PPQA), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengambil inisiatif mengadakan Program Pengukuhan Jabatan dan Hala Tuju kepada semua staf yang merangkumi empat bahagian iaitu Bahagian Pentadbiran/Jaringan, Bahagian Kualiti, Bahagian Swaakreditasi dan Bahagian Akreditasi Antarabangsa.

Pengarah PPQA, Prof. Madya Dr. Mohd Haniff Jedin berkata, tujuan program dianjurkan adalah selaras dengan penggabungan bahagian baharu iaitu Bahagian Swaakreditasi dan Bahagian Akreditasi Antarabangsa.

Menurutnya, selepas penggabungan ini, perlunya ‘multitasking’ dalam kalangan setiap staf walaupun berbeza bahagian, sikap saling kerjasama membantu setiap bahagian bagi melancarkan proses kerja dan berharap program seperti ini dapat mengeratkan lagi ukhwah sesama staf serta mewujudkan keseronokan bekerja.

“PPQA perlu melihat dan meneliti semula fungsi dan peranan setiap bahagian untuk menjadi lebih dinamik dan bersesuaian dengan kehendak universiti. Di samping itu, semakan semula perkhidmatan yang disediakan perlu dilaksanakan agar menjadi lebih mantap dan terbaik kepada warga UUM dan orang luar.

“Selain menjalankan perancangan hala tuju jabatan, program ini juga menyelitkan aktiviti ‘team building’ sesama staf bagi tujuan membina semangat kerja berpasukan, mewujudkan sifat hormat-menghormati, saling membantu serta merapatkan hubungan siratulrahim antara satu sama lain,”.

Beliau berharap program yang dianjurkan itu dapat memberikan impak yang positif dan meningkatkan lagi potensi kerja dalam memacu agenda universiti.

Program yang diadakan selama tiga hari itu mendapat penyertaan seramai 23 staf PPQA.