All News

BENGKEL JURUAUDIT EKSA LATIH JURUAUDIT BARU

BENGKEL JURUAUDIT EKSA LATIH JURUAUDIT BARU

Jawatankuasa Pelaksana Pusat Pengurusan Kualiti dan Akreditasi (PPQA) Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan Bengkel Juruaudit EKSA UUM di EDC UUM selama dua hari pada 29 dan 30 Mei lalu.

Pengarah PPQA UUM, Prof. Madya Dr. Mohd. Haniff Jedin berkata, bengkel selama dua hari itu bertujuan untuk melatih juruaudit baharu berkaitan proses pengauditan, memberi kefahaman berkenaan evolusi audit, meningkatkan semangat kerja berpasukan dan memastikan penilaian yang akan dilaksanakan nanti menepati standard yang telah ditetapkan oleh MAMPU kepada 91 pegawai yang telah dilantik sebagai juruaudit tentang peranan mereka sebagai auditor yang akan melaksanakan pengauditan dalaman EKSA peringkat UUM.  

Sesi bengkel ini telah disampaikan oleh Champion EKSA Zon Utara iaitu Pensyarah Kanan Institut Aminuddin Baki, Cawangan Utara (IABCU), Suriati Suhaimi.

Menurutnya, antara perkara yang dibincangkan adalah komponen penilaian, tips dan teknik sebagai juruaudit terbaik, panduan dan polisi pelaksanaan, sudut ‘go green’ dan aktiviti yang perlu dilaksanakan untuk menjayakan EKSA di UUM.

“Penganjuran bengkel ini telah memberi manfaat kepada peserta seperti dapat memahami aspek penilaian dan kriteria pemarkahan bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan EKSA, mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, bersih, kemas dan kondusif pada setiap masa.

“Selain itu, membantu meningkatkan disiplin diri, kreativiti dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan juruaudit,” katanya.

Bengkel ini juga diharap dapat membantu peserta memastikan hasil kerja juruaudit EKSA dilaksanakan mengikut standard ditetapkan.