All News

EKSA SIRI 2 BERI PENERANGAN SEMULA SELEPAS 7 BULAN DILAKSANAKAN

EKSA SIRI 2 BERI PENERANGAN SEMULA SELEPAS 7 BULAN DILAKSANAKAN

Pusat Pengurusan Kualiti dan Akreditasi (PPQA) telah mengadakan Program Awareness EKSA UUM Siri 2, baru-baru ini.

Pengarah Bahagian Pengurusan Kualiti PPQA, Prof. Madya Dr. Mohd. Haniff Jedin berkata, sesi kali kedua ini bertujuan untuk memberi penerangan semula berkaitan EKSA selepas 7 bulan Program Awareness EKSA UUM Siri 1 dilaksanakan.

Beliau juga memaklumkan bahawa tarikh Audit Dalaman EKSA UUM Bil. 1 akan dilaksanakan pada 1 hingga 30 September depan dan berharap semua warga kampus membuat persediaan dengan rapi.   

Menurutnya, inisiatif yang dilakukan ini adalah untuk menambahbaik pelaksanaan dan amalan EKSA di UUM.

“Penganjuran sesi ini telah memberi keyakinan, semangat yang tinggi kerana semua warga kampus telah menghayati dan mengamalkan EKSA UUM.

“Semoga hasil dari sesi yang dijalankan ini dapat menambahbaik pelaksanaan EKSA di UUM, sekali gus mendapat pensijilan EKSA menjelang sukuan kedua tahun 2025,” katanya.

Sesi perkongsian ilmu EKSA telah disampaikan oleh Pengurus Pengurusan Kualiti dan EKSA PPQA, Dr. Nur Syazwani Mohd Nawi.

Antara perkara yang dibincangkan adalah elemen-elemen EKSA yang perlu dititiberatkan dan kepentingan komitmen semua ahli jawatankuasa serta warga universiti dalam memastikan pelaksanaan EKSA di setiap zon mencapai matlamat yang diinginkan.

Program Awareness EKSA UUM Siri 2 ini disertai oleh 270 warga kampus.