UUM ONLINE, 19 November 2024 – Kelab Kebajikan dan Rekreasi, Pusat Pengurusan Kualiti dan Akreditasi (PPQA), telah menganjurkan satu acara berjalan cepat (brisk walk) yang melibatkan lebih 20 orang staf di sekitar kampus ini. Program ini bertujuan untuk mengingatkan staf akan pentingnya menjaga kesihatan fizikal dan mental melalui aktiviti fizikal yang mudah dan berkesan.
Pengarah PPQA, Prof. Madya Dr. Mohd. Haniff bin Jedin, dalam ucapan beliau semasa acara tersebut, berkata bahawa berjalan cepat adalah antara aktiviti yang paling mudah dilakukan untuk meningkatkan kecergasan dan mengurangkan risiko pelbagai penyakit. Beliau juga menekankan bahawa penyertaan dalam aktiviti fizikal seperti ini adalah langkah pertama untuk membina komuniti yang lebih sihat dan aktif.
"Brisk walk adalah senaman yang mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat, tanpa mengira umur atau tahap kecergasan. Melalui acara ini, kami berharap staf PPQA akan terus mengamalkan gaya hidup aktif sebagai satu rutin harian," tambah Dr. Haniff.