All News

PPQA HULUR SUMBANGAN KEPADA MANGSA BANJIR

PPQA HULUR SUMBANGAN KEPADA MANGSA BANJIR

Pusat Pengurusan Kualiti dan Akreditasi (PPQA) telah melancarkan kutipan derma berupa wang ringgit untuk disumbangkan kepada staf PPQA yang terlibat dengan bencana banjir baru-baru ini.  Majlis ringkas penyerahan wang derma banjir telah diadakan pada 09 Disember 2024.

Cakna dengan nasib mangsa terjejas, penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Haniff Jedin, Pengarah PPQA yang telah menyampaikan sumbangan berupa wang tunai kepada Puan Nurul Asyikin Muhamad Zaini, staf PPQA dan Puan Noraida Saidin, petugas pembersihan dari Uniutama Property Sdn. Bhd. (UPSB). Turut hadir bersama  dalam majlis ini, Timbalan Pengarah (Bahagian Pengurusan Kualiti), Prof. Madya Dr. Ku Maisurah Ku Bahador dan Pengurus EKSA, Dr. Nur Syazwani Mohd Nawi.

Pengarah PPQA di dalam ucapannya berharap sumbangan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga masing-masing.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama penerima sumbangan dan staf yang terlibat dalam penganjuran majlis ini.