All News

AMALAN EKSA TANGGUNGJAWAB BERSAMA

AMALAN EKSA TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Pusat Pengurusan Kualiti dan Akreditasi (PPQA), Universiti Utara Malaysia menganjurkan sesi taklimat, Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Tanggungjawab Bersama.

Taklimat ini disampaikan oleh Faizah Hashim, Ketua Penolong Pendaftar Kanan Jabatan Sumber Manusia (JSM) juga mewakili Jawatankuasa Latihan EKSA UUM bertujuan memberikan penerangan yang lebih mendalam mengenai kepentingan pelaksanaan EKSA dalam memastikan semua kakitangan pembersihan dari Uniutama Property Sdn. Bhd. (UPSB).

Seramai 447 orang terlibat  agar lebih memahami peranan mereka dalam menyokong inisiatif EKSA dengan lebih berkesan, berkualiti serta dapat memenuhi standard yang ditetapkan.

Perjumpaan tersebut merupakan satu medium interaksi antara semua pihak terlibat dalam menjelaskan harapan dan impian serta hala tuju UUM dalam bersama-sama memastikan impak daripada pelaksanaan EKSA dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Inisiatif ini digembleng agar UUM dapat merealisasikan misi memperolehi pensijilan EKSA pada tahun 2025 dan mensasarkan UUM   memperolehi pensijilan EKSA yang cemerlang.

Pengarah PPQA, Prof. Madya Dr. Mohd Haniff Jedin berkata, penganjuran sesi taklimat ini diharapkan setiap kakitangan pembersihan di UPSB dapat memberikan komitmen yang tinggi dalam memastikan persekitaran kerja yang lebih baik dan menyokong objektif EKSA dalam mempertingkatkan kualiti pengurusan kebersihan di UUM.

Dengan adanya inisiatif EKSA, diharapkan semua pihak dapat bekerjasama untuk mencapai piawaian kebersihan yang lebih tinggi dan seterusnya menyokong objektif organisasi dalam mewujudkan persekitaran kerja yang lebih bersih, selamat dan kondusif.

Hadir sama, Pengurus EKSA, Dr. Nur Syazwani Mohd Nawi, Timbalan Pengarah (Bahagian Pentadbiran dan Kewangan), Mohamad Hapisol Othman dan Eksekutif Operasi UPSB, Azhar Othman.