Division of Quality Management

 

 

SISTEM PENGURUSAN KUALITI UUM

Sepertimana yang disarankan oleh pihak kerajaan melalui Surat Pekeliling Pekhidmatan Awam (SKPA) Bilangan 1, Tahun 1997 (SPKPA, 1997) akan penekanan kerajaan kepada pelaksanaan ISO di mana kerajaan telah membuat keputusan supaya MS ISO 9000 dilaksanakan di semua agensi kerajaan. Pihak UUM telah mengorak langkah dengan mendapatkan pensijilan ISO 9002:1994 untuk Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) pada tahun1997. Pada tahun 2001, skop pensijilan ISO 9002:1994 adalah merangkumi semua proses yang terdapat di UUM. Tujuan utama pelaksanaan sistem pengurusan kualiti di UUM adalah untuk memastikan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan sama ada akademik mahupun pentadbiran.

UUM telah berkembang bersama-sama dengan perubahan ISO 9000 sehingga kini sudah 21 tahun UUM terus memperkemaskan sistem pengurusan kualiti dengan mempertingkatkan proses yang terlibat dan memperkasakan budaya kualiti dalam kalangan kakitangan.

slide2 slide3

slide4

slide5

slide6

slide7

slide8

 

slide9

slide10

slide11

slide12

slide13

slide14

slide15

slide16

slide17

slide18

slide19

slide20

slide21

slide22

slide23

slide24

Pengenalan ASEAN University Network - Quality Assurance (AUN-QA)

ASEAN University Network - Quality Assurance (AUN-QA) adalah sebuah rangkaian organisasi bukan untung dan bukan kerajaan di ASEAN yang terdiri daripada sebilangan universiti-universiti di ASEAN. Organisasi ini bertanggungjawab untuk mempromosi jaminan kualiti di institusi pendidikan tinggi, meningkatkan kualiti pendidikan tinggi, dan bekerjasama dengan badan-badan serantau dan antarabangsa untuk kepentingan komuniti ASEAN.

Sejak penubuhan AUN-QA pada tahun 1998, Rangkaian AUN-QA telah berkembang pesat secara konsisten dan semakin dikenali sebagai organisasi Jaminan Kualiti terkemuka di rantau ini. Pencapaian ini dapat dilihat dalam kepercayaan dan keyakinan berterusan dalam rangkaian AUN-QA dari Universiti anggota ASEAN University Network (AUN) dan bilangan Ahli Bersekutu AUN-QA yang semakin meningkat.

Sepanjang penubuhan AUN-QA, rangkaian Penilaian AUN-QA, latihan AUN-QA, dan pengembangan kerjasama dengan rakan serantau dan antarabangsa telah membuktikan kekuatan asas penubuhannya sebagai antara platform yang menggerakkan pemantauan dan jaminan kualiti pendidikan tinggi di rantau ASEAN.

KRONOLOGI AUNQA

5S UUM

PENGENALAN

Penilaian Amalan Persekitaran Berkualiti di UUM telah bermula sejak tahun 2002. Pelaksanaan Penilaian Amalan Persekitaran Berkualiti telah memasuki tahun ke-21 pada tahun 2022 dan melibatkan semua Pusat Tanggungjawab di UUM dan dibahagikan kepada empat kategori iaitu kategori jabatan A, jabatan B, Pusat Pengajian dan Inapan Siswa. Penilaian ini dinilai berdasarkan kepada markah yang diperoleh daripada kriteria Amalan Persekitaran Berkualiti dan Video Penilaian Amalan Persekitaran Berkualiti PTJ. Terdapat enam elemen utama dalam kriteria ini iaitu keperluan utama pelaksanaan 5S, ruang pejabat, perkhidmatan kaunter, tempat simpanan, tempat umum, dan kawasan persekitaran PTJ. Objektif utama Penilaian Amalan Persekitaran Berkualiti adalah untuk menjadikan Amalan Persekitaran Berkualiti di UUM sebagai satu budaya, mewujudkan etika kerja yang positif dalam kalangan warga kerja Universiti yang akan menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik serta lebih berkualiti, mengoptimumkan penggunaan ruang kerja dengan pengurusan persekitaran yang berkualiti, menggalakkan keupayaan mencipta cara  baharu bekerja, penghasilan idea yang inovatif dan  kreatif serta menggalakkan kerja berpasukan dalam kalangan staf UUM.

Skala rating Amalan Persekitaran Berkualiti adalah seperti berikut:

SKALA RATING 5S

LOGO 5S UUM

LOGO 5S UUM

SLOGAN DAN LOGO 5S UUM

logo dan slogan 5S utk PTJ